Friday

Assalamualaikum, 

Gerangan yang mencoret patah patah kata ni bukanlah baru dalam penulisan blog. Sudah lebih beberapa tahun berjinak dalam dunia penulisan blog membuatkan tercetus idea ingin mencipta satu lagi laman blog. Laman blog ini bukanlah  untuk meluahkan apa yang terpendam tetapi lebih kepada untuk menerapkan nilai-nilai kemerdekaan dan semangat patriotisme. 

Sebagai anak merdeka, seharusnya tersemat perasaan cinta dan kasih akan tanah air, tempat tumpahnya darah anak bangsa. Jasa dan titisan darah parajurit-parajurit negara yang gugur di medan perjuangan perlu diabadikan dalam memori setiap rakyat Malaysia dan bukanlah sekadar untuk sambutan bulan kemerdekaan sahaja. Hal ini dapat dianalogikan seperti singgah sebentar memeriahkan ceritera dan kemudiannya terbang ditiup angin lalu.

Medium seperti blog dapat menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus menyelami perasaan cinta terhadap negara serta mengingati liku-liku ke arah mencapai kemodenan dan kemajuan negara selepas laungan keramat 'Merdeka!' dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tanggal 31 Ogos 1957.