Lagu Patriotik

Salah satu cara untuk menaikkan lagi semangat patriotisme dalam diri adalah dengan mengetahui lagu-lagu patriotik. Berikut adalah beberapa buah lagu yang telah direka oleh insan-insan yang ingin menyumbang bakti dalam menyemarakkan semangat cinta akan tanah air :



31 Ogos

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdekaIa ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah
Jalur gemilang



Keranamu Malaysia


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjayaKeranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka

Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia

Malaysia...Terima kasih Malaysia !


Perwira


Perwira...Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi
Perwira...Janganlah kekanda bimbang

Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang
( 1 
)
Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi
Kekanda di medan perang

Adinda di medan seniSama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur

Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku
( ulang dari 1 )



Bahtera Merdeka


Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba

Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
( korus )

Jiwa dan ragaBuktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi

Putra putri datang sujud baktiIngin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
( ulang korus hingga akhir )